Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul berpendapat Pakatan Harapan (PH) tidak tergugat sama sekali dengan pengkhianatan pemimpin KEADILAN Kedah yang digelar puak kartel, biar pun tindakan mereka menyebabkan Kerajaan Negeri PH tumbang pada bulan Ramadan, 2020 lalu.
Bagi Johari, rakyat Kedah lebih bebas membuat pilihan berbanding di sesetengah negeri lain. Hal itu terbukti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya memerintah.
Kemudian akibat kegagalan Pas dalam menjana ekonomi negeri maka rakyat beralih kepada BN (PRU 2013) dan dalam PRU 2018 mereka kembali mengundi PH.
Dengan dinamisme pengundi seperti itulah PH tidak gentar menghadapi blok baharu PN yang memberi saingan pada PRU yang akan datang.
Rakyat Kedah amat mementingkan perkhidmatan wakil rakyat mereka dan bukan parti. Dari segi itu PH mempunyai kelebihan sekiranya calon banyak membuat kerja-kerja di akar umbi.
Mengulas persediaan PN atau Muafakat Nasional (MN) ke arah PRU 15, Johari berpendapat gabungan itu sukar untuk bersedia dalam tempoh 2 tahun.
Beliau juga tidak menolak pertandingan akan berlaku di antara PH, MN dan PN dalam PRU akan datang yang mungkin menguntungkan PH.
PH pula satu gabungan yang solid di Kedah dan hal itu tidak dimilikki PN.
Comments