top of page

PH Kedah seru pengundi keluar tunai tanggungjawab

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 12, 2023
  • 1 min read


Peratusan keluar mengundi yang rendah pagi ini agak membimbangkan terutama di Kedah, negeri yang menjadi tumpuan Pakatan Harapan (PH) untuk ditawan.


Bagi Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, peratusan keluar mengundi perlu ditingkatkan kerana amat rendah berbanding Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.


"Didapati dari laporan menunjukkan trend keluar mengundi masih rendah berbanding PRU lalu kalau pukul 10.30 ini.


"Saya menyeru kepada semua pihak, semua saluran untuk mengambil kesempatan ini di waktu pagi untuk keluar mengundi bersama


"Kita tunai tanggungjawab. Siapa pilihan, itu tanggungjawab masing masing


"Tetapi adalah malang jika kita tidak mengambil tanggungjawab untuk menentukan arah masa hadapan di negeri kita cintai ini," katanya dalam siaran media.


Mahfuz berkata demikian ketika meninjau suasana mengundi di Sekolah Teknik Alor Setar yang agak lembab pagi ini.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page