top of page

PH kedah akan beri peluang anak muda berniaga, bertani - Johari Abdul



Rakyat seharusnya mengembalikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memerintah Kedah berbanding kerajaan Pas yang penuh retorik kononnya hasil negeri antara terhebat di Malaysia tetapi peluang pekerjaan masih tidak wujud.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Kerajaan PH yang pernah memerintah Kedah selama 2 tahun terbukti lebih banyak membawa kemajuan terutama dalam membenarkan anak muda berniaga di segenap pelusuk negeri ketika itu.


"Dalam pilihan raya lalu, rakyat Kedah dan rakyat Malaysia memberikan penuh kepercayaan kepada kita untuk memerintah.


"Mereka berikan kepercayaan kerana mereka yakin dengan janji janji yang kita berikan secara bertulis. Sebab itu dalam manifesto kita sebut apa nak buat


"Apa perubahan yang pasti kita buat kerana yang kita sebut itu kita dokumenkan. Dalam manifesto itu kita berjanji di Kedah anak anak muda akan mendapat tempat untuk berniaga. Anak muda kita galak berniaga, pilih tempat asal jangan ganggu jalan raya, depan hospital, depan balai bomba


"(Bila perintah) kita galakkan waktu itu anak muda berniaga kerana nak harap makan gaji tak boleh dah sekarang. Anak muda kena bangkit berniaga. Kita kata tanah kosong tidak digunakan kerjaran harus beri kepada mereka bercucuk tanam.


"Kalau sekiranya rakyat (dalam jumlah besar) terlibat pertanian, Kedah bukan sahaja negeri yang mengeluarkan padi tetapi juga sayuran. Kita tidak bergantung kepada padi sahaja," katanya.


Tambah Johari, peluang bukan sahaja diberikan kepada anak muda tetapi juga kepada bekas tentera yang tidak berpencen dan berpencen untuk mencari pendapatan selepas bersara pada umur 40an.


Mengenai tohmahan bahawa Kerajaan PH di peringkat Persekutuan tidak melakukan apa apa sewaktu memerintah, Johari menolak tanggapan sedemikian


Katanya, setahun pertama kerajaan PH cukup cemerlang dalam membersih negara daripada korupsi dengan penyiasatan terhadap pelbagai tokoh kerajaan BN.


Cuma usaha yang lebih banyak untuk memulih kesejahteraan hidup rakyat terhalang apabila PH dijatuhkan.


"Orang tanya kita dalam 22 bulan apakah kita telah lakukan. Kita telah dedahkan semua penglibatan Umno dalam korupsi. Malah bila kita perintah, itulah semua kedurjanaan Najib dan isterinya terbongkar.


"Mahkamah akhirnya mendapati benar apa kita sebut dalam ceramah. Akhirnya sekarang Najib di penjara.


"InshaAllah, kiranya kita kembali memerintah banyak lagi orang mencuri, memiskinkan negara kita akan kita hantar mereka.


"Bermula malam ini sama sama kita ganding bahu. Kembalikan keyakinan rakyat untuk PH memerintah semula," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page