top of page

PH Johor mahu kerajaan negeri siap siaga tangani banjir, Covid 19



Pakatan Harapan (PH) Johor dalam mesyuarat baru baru ini mahu Kerajaan Negeri bersiap siaga menghadapi bencana, khususnya banjir dan varian baharu Covid 19


Menurut PH Johor, segala sumber dan daya haruslah ditumpukan untuk membantu rakyat yang masih belum benar benar pulih dari kemerosotan ekonomi akibat pandemik yang lalu.


"PH Johor sekali lagi menegaskan pada ketika ini tenaga, sumber dan segala usaha Kerajaan haruslah dihalakan untuk membantu rakyat rentetan Covid-19 yang masih belum benar-benar pulih, khususnya dengan kemunculan varian baharu Omicron. Hal ini turut memberikan kesan langsung kepada ekonomi rakyat.


"Bencana banjir yang teruk melanda beberapa negeri juga menuntut agar Johor turut menzahirkan solidariti membantu rakyat yang terkesan dalam apa juga bentuk yang termampu.


"Pada masa sama, Kerajaan Negeri perlu meningkatkan tahap kesiap siagaannya dalam memastikan negeri ini sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir yang tidak dijangka-jangka," kata mereka dalam satu kenyataan.


Selain itu, PH Johor juga mengalu alukan kemunculan parti Muda dalam senario politik terbaharu dan tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti yang majoriti keanggotaannya terdiri dari anak anak muda yang mahu menuntut perubahan itu.


"Dalam perkembangan politik semasa, PH Johor mengalu-alukan pendaftaran Muda sebagai sebuah parti politik berdaftar.


"PH Johor menyatakan kesediaan untuk berbincang dan keterbukaan berkerjasama dengan semua pihak termasuklah Muda dalam mencorakkan politik yang lebih progresif untuk membangunkan negeri ini.


"PH Johor juga bersedia merintis penerokaan sebarang bentuk kerjasama politik demi kemaslahatan umum yang bertujuan menawarkan alternatif terbaik buat rakyat Johor," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengerusi PH Negeri Johor merangkap Pengerusi Amanah negeri, Aminolhuda Hassan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page