top of page

PH Johor bakal bentuk kabinet bayangan hadapi PRU 15




Pakatan Harapan (PH) Johor akan membentuk 'kabinet bayangan' bagi memantau prestasi Kerajaan Negeri di bawah Perikatan Nasional (PN).


Kabinet bayangan itu juga berfungsi sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum mengejut yang dijangka diadakan hujung tahun ini.


"Pakatan Harapan Johor akan mewujudkan kabinet bayangan untuk memainkan peranan semak imbang terhadap polisi dan dasar kerajaan Johor pimpinan Umno.


"Melalui pengalaman yang ditimba sepanjang 22 bulan sebagai kerajaan, kami yakin akan dapat memainkan peranan yang lebih berkesan," kata PH Johor dalam satu kenyataan.


Gabungan itu juga tidak memandang mudah situasi negeri dan kerajaan PN yang lemah dibezakan majoriti 2 kerusi DUN. Menurut PH Johor, pilihan raya negeri mengejut juga mungkin berlaku berdasarkan perkembangan semasa yang tidak stabil.


"Justeru, jentera bagi kawasan DUN dan parlimen akan diwujudkan bagi memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya yang mungkin berlaku bila-bila masa," kata kenyataan itu lagi.


Sehubungan itu, PH akan melakukan penyusunan semula struktur kepimpinan ahli jawatankuasa di semua peringkat di negeri bagi memantapkan organisasi dan gabungan.


Kenyataan bersama tersebut ditandatangani Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page