PH hantar tiga nama anggotai Jawatankuasa Bebas Darurat



Pakatan Harapan (PH) hari ini menghantar tiga nama untuk menganggotai Jawatankuasa Bebas Darurat yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Setiausaha PH, nama-nama terebut dihantar oleh Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada Menteri Undang-undang Datuk Takiyuddin Hassan.


"Ketua Setiausaha PH telah menghantar satu surat kepada Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi memaklumkan bahawa pihak Pembangkang akan memberi tiga nama bagi Jawatankuasa Bebas membuat pengesyoran kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal mahupun sebaliknya.


"Penyertaan wakil Pembangkang ke dalam Jawatankuasa Bebas ini tidak mengubah pendirian kami bahawa alasan-alasan yang dikemukakan Perdana Menteri berkenaan keperluan darurat tidak dapat diterima.


"Kami serta majoriti Ahli-Ahli Parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan Parlimen perlu bersidang segera," kata kenyataan itu.


Tiga nama yang akan menyertai jawatankuasa tersebut ialah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu; Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor.


Kenyatan bersama berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (KEADILAN), Datuk Dr Hatta Ramli (Amanah) dan Loke Siew Fook (DAP)

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio