top of page

PH, gabungan pembangkang tingkat usaha ambil alih kerajaan


Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) dan gabungan paksi Bersatu serta parti Warisan bertekad untuk menggandakan usaha mengambil alih kuasa Kerajaan Persekutuan daripada Perikatan Nasional (PN). Hal ini kerana mesyuarat bersependapat bahawa wujudnya masalah keabsahan (legitimacy) kerajaan yang berlaku akibat kegagalan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menguji sokongan beliau dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen di Parlimen pada esok hari. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga bimbang mengenai pakej ransangan ekonomi sejumlah RM260 bilion yang tidak dibentang serta diluluskan Parlimen. Termasuk beberapa kementerian baharu yang diwujudkan namun peruntukan perbelanjaan bagi Kementerian-kementerian itu belum lagi dibentang sebagai Rang Undang-undang dan diluluskan. "Kami sebulat suara dan bersatu hati menegaskan bahawa Parlimen adalah institusi demokrasi ulung negara yang perlu berfungsi dengan baik bagi memastikan proses semak dan imbang berjalan tanpa sekatan, di mana sokongan buat seseorang PM perlu diuji dan disahkan, serta tempat di mana Rang Undang-Undang dan masalah rakyat perlu dibincang, dibahas dan diputuskan. "Kami juga tidak berpuas hati dengan keputusan Kerajaan mengadakan sidang untuk hanya mendengar Titah Diraja, serta menegaskan pendirian Pembangkang bahawa Parlimen boleh dan mesti bersidang lebih dari apa yang diusahakan Kerajaan sekarang demi menyegerakan penyelesaian masalah rakyat," kata kenyataan tersebut. Kenyataan itu juga khuatir akan kembalinya hukuman ke atas jenayah secara tidak konsisten sebagaimana yang berlaku pada era pentadbiran Barisan Nasional lalu. "Kami sepakat bahawa kes 1MDB berkait Riza Aziz, yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, menjadi petanda beberapa kes besar lain yang melibatkan beberapa tokoh politik akan menggunakan jalan penyelesaian yang sama," tambah kenyataan itu. Mesyuarat turut menimbulkan kebimbangan terhadap tingkah laku Kerajaan Muhyiddin yang kelihatan cuba meraih sokongan daripada kalangan Ahli-ahli Parlimen melalui pemberian jawatan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta duta-duta bertaraf Menteri. Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Pembangkang yang juga Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page