PH desak MA63, Undi 18 diluluskan sebelum sesi Parlimen berakhir



Pakatan Harapan (PH) mendesak agar Kerajaan Persekutuan bersedia untuk meluluskan Perjanjian Malaysia (MA63) yang menjamin kedudukan saksama Semenanjung dan Malaysia Timur pada sesi Parlimen yang akan berakhir pada pertengahan Disember ini.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berkata, MA63 sudah terlalu lama tertangguh dan ia perlu diluluskan melalui bacaan kali kedua tanpa menunggu sesi tahun hadapan.


"Perjanjian Malaysia 1963 ini perkara utama ditekankan dalam memorandum (kerjasama PH - Kerajaan) dan kita mahu supaya ia diluluskan dalam sesi ini.


"Saya mendapat jaminan daripada Menteri dan PM semalam, akan diusahakan sebaik mungkin. Begitu juga Undi 18, ada beberapa teknikal tentang kedudukan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, soal teknikal ini tidak boleh dilengahkan, maknanya harus diluluskan pada sesi ini juga, bulan Disember," katanya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat sebelah pagi.


Selain itu, Pengerusi PH itu juga meminta kajian segera dilakukan ke atas hal berkaitan Akta Anti-Lompat Parti dan isu-isu kesukaran rakyat menghadapi kemerosotan ekonomi akibat Covid 19.


"Saya faham Menteri menyebut beberapa permasalahan terkait undang-undang Anti Lompat Parti dan memang ada 3 wakil dari PH dan kerajaan akan bekerjasama menyegerakan, walaupun saya faham ia tak dapat diluluskan dalam sesi ini kerana draf belum selesai.


"Saya juga menyebutkan dalam sesi ini bahawa libat urus dengan Menteri Kewangan mengenai ha hal yang dibawa oleh PH, RM45 bilion tambahan untuk Covid , RM10 bilion tabung kemiskinan langsung kepada rakyat miskin yang telah disampaikan, dan moratorium bank. Ini kita mendesak hal ini tidak boleh ditolak ansur," katanya.


Berkenaan tatakelola serta kebebasan kehakiman, Anwar menekankan perlunya kerajaan menjamin kebebasan serta ketelusan agar kejayaan negara yang dibina tidak terkorban kerana sistem perundangan yang lintang pukang.


"Permasalahan paling besar adalah tatakelola yang dimasuk di sini, ialah kebebasan institusi kehakiman dan ini amat memprihatinkan. Ada bezanya, sebelum kita ada MoU dan kita cabai kemajuan setakat ini. Berbeza dengan parti yang bersekutu di dalam kerajaan yang tidak menggesa melakukan apa apa selain kedudukan mereka sebagai menteri.


"Tetapi yang saya nak tegaskan ini adalah kebebasan badan kehakiman dan ini termasuk peranan Peguam Negara yang dalam beberapa hal kita lihat ada kelemahan dasar. Jadi saya mahu penegasan dari PM bahawa MoU ini dianggap sah dan bertahan sekiranya ada semangat menjaga tatakelola kerajaan, termasuk badan kehakiman bebas dan Peguam Negara yang tidak tunduk kepada kuasa kerajaan.


"Iaitu jangan memilih untuk menyelamatkan VVIP dan mendera orang miskin, termasuk hukuman mati. Minta penegasan kerana ini sangat penting. Kejayaan besar kita capai akan terkorban kalau badan kehakiman itu diporak perandakan," katanya lagi.


Menteri Undang-undang dan Parlimen Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab beliau akan memastikan MA63 diluluskan pada sesi Disember dan untuk itu tempoh sidang Parlimen diminta tambah 2 hari persidangan.


Manakala mengenai Undi 18 pula, katanya, kerajaan tiada pilihan selain melaksanakannya sebelum berakhir 2021. Sekiranya gagal, kata beliau, kerajaan akan didapati menghina keputusan mahkamah mengenainya.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER