
Kerajaan Perpaduan yang disertai Pakatan Harapan (PH), BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak perlu diragui keabsahannnya kerana mendapat majoriti mudah.
Menurut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, sokongan yang dimiliki Kerajaan Perpaduan PH - BN - GPS telah pun melebihi nilai ambang 112 kerusi.
"Saya tegaskan bahawa kerajaan ini adalah kerajaan perpaduan nasional melengkapkan penyertaan sehingga petang ini tiga komponen terbesar. PH, BN dan GPS
"Maka dengan jumlah induk ini kekuatan PH sebagai blok terbesar dalam parlimen diikuti BN dengan 30 kerusi dan GPS 22 kerusi. Saya dapat pengesahan dari sahabat saya Datuk Abang Johari bahawa mereka bersama dalam Kerajaan Perpaduan.
"Soal kestabilan tidak berbangkit, Kerajaan Perpaduan juga disertai parti lain termasuk Warisan, Muda dan PBM. Ini tidak menolak kemungkinnan penyertaan parti yang lain," katanya dalam sidang media khas di Kajang, malam ini.
Selain itu, dalam ucaptama tersebut Datuk Seri Anwar mengumumkan kerajaan beliau tidak toleran dengan rasuah dan penyelewengan serta akan berusaha memulihkan keyakinan antarabangsa.
"Berikutnya yang utama saya tegaskan adalah tatakelola yang baik
"Di bawah pentadbiran saya selaku PM, saya tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Ini bermakna tatakelola harus dikemaskini. Tidak hanya mengungkit kisah lama tetapi mengizikan kebobrokan baru. Ini disepakati dan ini syarat kini dalam membentuk kerajaan perpaduan dalam negara kita
"Saya anjur supaya PN memberi pertimbanagn apakah mereka bersedia untuk mendukung kerajaan sekarang yang kuat dan stabil untuk mengangkat martabat rakyat," katanya lagi.