top of page

PH bukan jalan pintas untuk keselesaan bagi MUDA - AMK



Niat parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dan bersama sama menempuh cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 disambut suara pro dan kontra dalam kalangan akar umbi KEADILAN.


Bagaimanapun menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Prasanth Kumar Brakasam, sayap pemuda itu sekurang kurangnya bersyukur kerana akhirnya MUDA telah mengakui PH merupakan gabungan terbaik menjelang PRU 15.


Dalam masa sama, katanya, parti MUDA perlu menerima konsep berkerja secara kolektif dan tidak terlalu mengharapkan keselesaan bersama PH.


"Apabila sesuatu parti politik bersedia untuk berada di bawah payung PH, akan memberi makna untuk mereka menerima prinsip kerja kolektif dan keutamaan dalam mengangkat suara rakyat, bukan kepentingan mana-mana parti atau individu.


"Jelaslah PH bukan jalan pintas untuk memperolehi keselesaan. Setiap parti komponen dalam PH perlu memberi nilai tambah dalam memperkukuh gabungan," katanya dalam satu kenyataan.


Namun, kata Prasanth, PH tetap tidak boleh melupakan pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini ketika ada parti dan individu yang menumpang kekuatan gabungan itu tetapi kemudiannya khianat selepas menang dalam PRU ke-14.


Apa pun, katanya, niat MUDA untuk bersama itu akan diteliti oleh pimpinan PH dan memutuskan yang terbaik untuk gabungan.


"Untuk merumuskan, berhubung hasrat MUDA dan presidennya, Saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ingin menyertai gabungan Ph, kami percaya kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan akan membuat pertimbangan yang wajar dan terbaik," katanya lagi.



0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page