Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat hari ini membuat enam lantikan baharu di dalam organisasi gabungan itu bagi memantapkan gerak kerja menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15
"Majlis Presiden mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada semua yang dilantik. Semoga pelantikan ini akan mengukuhkan lagi gerak kerja PH di Parlimen, di lapangan, serta menuju Pilihan Raya Umum ke-15," kata kenyataan ringkas Majlis Presiden, petang tadi.
Enam pelantikan tersebut membariskan ahli politik muda untuk menerajui jentera PH menggempur Perikatan Nasional dan BN, seperti Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Pemuda PH, Howard Lee Chuan How; Ketua Wanita PH, Senator Aiman Athirah; Pengarah Strategi PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Penyelaras Ketua Whip Ahli Parlimen PH, Anthony Loke dan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil.
Comments