top of page

PH-BN Selangor lepasi ujian pertama - Amirudin

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Aug 22, 2023
1 min read

Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) berjaya melepasi ujian pertama untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Selangor meskipun hanya memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, merujuk kepada majoriti mudah dicapai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 12 Ogos lalu, sebagai rakan kerjasama, PH perlu memastikan BN diberi peranan penting dalam Kerajaan Negeri dengan dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.

"Sebagai rakan kongsi, kita kena bergabung bersama-sama. Kita percaya gabungan Perpaduan ini berjaya melepasi ujian pertama dalam pilihanraya.


"Walaupun masih gagal untuk mendapat dua pertiga, tetapi kita masih mempunyai kelebihan kerusi berbanding pihak lawan. Ini permulaan yang bagus dan kita boleh mengukuhkan pada masa depan," katanya dipetik.


Amirudin yang merupakan Ahli Dewan Negeri Sungai Tua mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.


Sementara itu jelas Amirudin, beliau perlu memberi fokus lebih kepada tuntutan rakyat berbanding pembangkang yang kini menguasai hampir separuh Dewan Negeri Selangor.


"Setiap masa tugas Exco dan Menteri Besar memang berat, tak kisah kita mempunyai dua pertiga atau 50 ahli Dewan Negeri.


"Permintaan rakyat juga agak tinggi, saya rasa semua Exco kena menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Kita kena jawab cepat dan tuntas setiap persoalan yang dibangkitkan.


"Pembangkang kuat atau tidak, bukan isu utama atau satu-satunya perkara, kita tetap kerja kuat," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page