top of page

PH - BN mantapkan kerjasama, strategi tawan Kedah



Pakatan Harapan (PH) bukan memberi laluan kepada BN untuk menawan negeri pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini namun sedang memantapkan kerjasama di antara kedua dua gabungan.


Bagi Pengarah Pilihanraya PH - BN Kedah, Datuk Zamri Yusuf, di negeri itu PH dan BN sedang merangka kerjasama dalam bentuk strategi serta jentera menghadapi Pas selepas Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah dibentuk hujung minggu lalu.


Katanya, kedua dua gabungan sedang membina kerjasama untuk bertanding secara satu lawan satu berdepan Pas Kedah.


"(Sebelum ini) kita bermula dengan kerjasama dalam PH. Saya sebagai Pengarah Pilihanraya PH sudah pun susun jentera dalaman PH.


"Kemudian sekarang sebagai Pengarah Pilihanraya PH - BN saya selaraskan pula kerjasama dengan BN," ujar Zamri kepada Suara Keadilan.


Kerjasama dengan BN itu, kata Ketua Pembangkang DUN Kedah tersebut, berasaskan formula kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 pada 2018 lalu.


Dalam PRU itu kata beliau, PH memenangi 18 kerusi sementara Umno 3 kerusi.


"Jadi kita ada kubu masing masing. PH pada PRU lepas kita menang di 18 kerusi, Umno menang 3. Cuma sekarang bila kerjasama, kita beritahu mereka dalam strategi kerjasama PH - BN ini kalau kita susun dengan baik maka BN ada peuang untuk tambah kerusi.


"Walaupun mereka sebelum ini menang 3 sahaja, dalam kerjasama kita nampak mereka ada ruang pergi sehingga 5 - 8 kerusi.


"Kita mahu kerjasama ini ada impak. Supaya Umno boleh buat come back (seperti sebelum PRU 14). Itu membantu kita untuk tawan Kedah," katanya.


Selain mengekalkan kerusi yang ada, Zamri juga mengharapkan kerjasama berkenaan mampu menawan kerusi luar bandar yang tidak pernah dimenangi oleh kedua dua parti sebelum ini.


Menurut ADUN Suka Menanti itu, kerusi di parlimen Sik, Baling dan Padang Terap terap misalnya Pas amat dominan tetapi mungkin boleh dikalahkan dengan gabungan undi penyokong PH dan Umno.


"Kita akan beri sokongan mereka (Umno) bertanding di kerusi luar bandar seperti Baling, Sik, Padang Terap. Kita tengok dari data yang ada, peluang mereka lebih baik bila bekerjasama," katanya lagi.


Gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan memerlukan 19 kerusi untuk mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan di Kedah.


Berdasarkan kerusi yang dimenangi pada PRU 14, jumlah berkenaan boleh dicapai dengan mudah seandainya kerusi yang dimenangi dapat dipertahankan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page