top of page

PH - BN mampu menang 50 kerusi DUN Selangor



Pakatan Harapan (PH) Selangor dan rakan sekutunya mampu memenangi sekurang-kurangnya 50 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


Pengarah pilihanraya PH Selangor, Yahya Sahri berkata keyakinan itu susulan kerjasama erat dijalan PH dan Barisan Nasional (BN) yang kini semakin utuh


"Kita yakin prestasi PH akan lebih baik dalam PRN dengan sokongan pengundi BN.


"Kita mampu untuk menang lebih banyak kerusi, tidak hanya di kawasan bandar tetapi juga di kawasan luar bandar, terutama di kubu kuat BN," katanya dipetik.


Selangor dikenali sebagai kawasan kubu kuat PH dengan gabungan itu menguasai 40 daripada 55 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.


Pada Mac lalu, UMNO yang mempunyai lima kerusi DUN diisyhtihar sebagai sebahagian Kerajaan Negeri susulan jajaran baharu politik negara pasca Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.


Di blok pembangkang, Perikatan Nasional mempunyai lima kerusi, Pejuang (dua), PBM (dua) dan Warisan (satu).


Kerusi DUN Batang Kali diisytiharkan kosong pada 16 Februari selepas wakil rakyatnya, Harumaini Omar daripada Pejuang, gagal menghadiri sidang dewan negeri selama lebih enam bulan.


Sementara itu menurut Yahya, kajian dibuat pihaknya mendapati 50% pengundi Melayu di Selangor menyokong PH sekaligus memberi keyakinan bahawa PH yakin akan dapat mengekalkan sokongan di negeri tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page