top of page

PH-BN kesinabungan jaga kebajikan rakyat, PN tidak ada idea di Selangor

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 31, 2023
2 min read


Penting pengundi memilih Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini bagi memastikan Selangor terus maju dan meneruskan tradisi menjaga kebajikan rakyat.


Calon DUN Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sebagai ketua Kerajaan Perpaduan Selangor akan memastikan khidmat cemerlang selama ini, termasuk menyelesaikan masalah setinggan, banjir kilat, isu berkaitan tanah serta kemudahan awam di DUN berkenaan ditambah baik dan dikekalkan.


"Kita mahu kesinabungan, kita mahu penerusan. Kita mahu apa yang kita ada, kita tambah lagi.


"Sebab itu kita lakukan Jelajah Ehsan Rakyat (jual barang dapur harga diskaun). Kita sumbang RM50 juta, hasil dari mana? Anak syarikat Kerajaan Negeri. Berapa juta dapat manfaat? 4 juta orang.


"PN sampai sekarang tak mampu (wujud skim serupa di negeri yang ditadbir). Yang dia mampu kutuk Payung Rahmah. Hina Menu Rahmah. Jutaan rakyat manfaat dari program Rahmah ini.


"Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub tegas bawa Payung Rahmah, pastikan Rahmah ini dapat meliputi semua rakyat.


"Semalam Perdana Menteri sebut kejayaan Payung Rahmah, redakan harga barang. Kerajaan pusat sebut teruskan RM50 juta kepada Payung Rahmah, kepada rakyat Malaysia," katanya dalam ceramah Jelajah Madani DUN Sungai Tua, malam tadi.


Di Selangor, tambah Amirudin, Payung Rahmah telah digabungkan dengan Jelajah Ehsan Rakyat menjadi Jelajah Rahmah dan menyediakan lebih banyak barangan keperluan harian untuk dibeli rakyat pada harga diskaun.


Beliau turut mempersoalkan janji terbaharu Pengerusi PN Mahiaddin Yassin mahu mengurangkan kos hidup rakyat dengan membandingkan apakah yang telah dibuat bekas Perdana Menteri itu sewaktu memerintah kerajaan pusat dahulu.


"Kalau Mahiaddin kata kita akan tangani harga barang dan kualiti kehidupan, maka tak perlulah Tan Sri, Selangor telah mula bulan September 2022, bukan akan buat. Kita dah mula jelajah ehsan bantu 4 juta dari 7 juta rakyat yang ada dalam negeri ini.


"Jualan ehsan ini ke nak ditukar? Jadi dia tak ada idea. Sebab masa jadi Kerajaan Persekutuan tak ada benda yang dibuat.


"Sebab itu saya merayu, kita perlukan kesinabungan, penerusan apa yang kita lakukan," katanya.


Berkenaan isu sekolah agama rakyat yang cuba dimainkan oleh kelompok Pas pula, Amirudin berkata, tiada satu pun sekolah yang diganggu oleh Kerajaan Negeri sekiranya beroperasi dengan patuh pada undang undang.


"Selangor tegas pertahan sekolah agama, Tamil, Cina. Sebelum PRN mereka nak serang, bangkit di parlimen Selangor akan robohkan sekolah agama. 80,000 murid sekolah persendirian akan tergugat.


"Saya semak tak ada pun satu notis nak robohkan. Orang ini bercakap di sebelah sana (pembangkang) tak malu, menipu.


"Kita nak majukan negeri. Jaga dengan baik. Bukan dengan fitnah, pembohongan," katanya lagi.


Amirudin akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua buat penggal keempat selepas memenanginya pada PRU 2008 lalu yang pada waktu itu DUN Batu Caves.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page