top of page

PH - BN boleh menang, jangan layan lagi pengkhianat - Anwar



Pakatan Harapan (PH) dan BN yang telah semakin rapat sebagai sekutu pasca Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dijangka boleh mengekalkan kemenangan di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan itu dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani dan Jelajah Aidilfitri Kita Selangor di Gombak, malam tadi.


"PH, KEADILAN dan UMNO, saya percaya kita boleh tebus (menang) seluruh DUN di Gombak, Ampang dan lain lain. Saya yakin kalau orang Gombak kata boleh, saya percaya," katanya.


Dalam pada itu, Anwar juga berharap agar rakyat yang masih menaruh keyakinan kepada para pengkhianat Kerajaan PH 1.0 pada 2020 lalu agar mengubah pendirian, terutama di Gombak.


Katanya, tiba masa untuk mereka sama sama memulihkan negara dan tidak lagi dimamaikan retorik perkauman atau agama sempit.


"Kita jangan layan lagi lah, orang yang khianat baik orang Cina, India, Arab, Melayu. Boleh layan ke orang khianat?


"Kalau kita baca sejarah Melayu orang khianat itu dua nama dia, Raja Mendeliar dan Si Kitul.


"Apa jadi kepada mereka, si Kitul oleh kerana khianat Sultan Melaka hukum dia, sula. Lepas itu rumah dia dihanyutkan ke laut. Tanah tapak rumah dikikis, dibuang.


"Pengajarannya perjuangan ini mesti ada prinsip. Jangan jual diri kerana harta, kuasa, rebut kedudukan. Sebab itu saya salut kawan kawan di Gombak dan Selangor yang teguh prinsip. Jadi pembangkang kita lawan," katanya.


Menurut Anwar, hasil kerja kuat rakyat itu maka terbentuk Kerajaan Perpaduan. Kuasa pemerintahan yang diperolehi digunakan sebaik baiknya untuk membela rakyat dan mengotakan janji janji yang dibuat sebelum pilihanraya.


"Sekarang kita sudah menang, kita guna kuasa itu untuk membela nasib rakyat.


"Jangan lupa bila ada pilihanraya negeri (bulan Julai) ada disiplin (bagi penyokong PH). Beri sokongan yang bulat supaya kita boleh lebih hebat lagi bangunkan Selangor, bangunkan Malaysia," katanya.


Untuk rekod, rumah terbuka Aidilfitri di Gombak malam tadi mencatat rekod kerana menyaksikan kehadiran 35,000 hadirin sebagaimana diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari. Kebanjiran pengunjung itu menggambarkan penyokong PH dan BN sama sama menghadiri jamuan anjuran kerajaan Selangor



0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page