top of page

PH - BN boleh ambil alih Kelantan, Terengganu - Nik Nazmi



Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui tidak mustahil untuk PH - BN mengambil alih pentadbiran dua negeri itu.


Nik Nazmi walaupun mengakui misi itu sangat mencabar, namun rakyat di kedua buah negeri itu sudah mula menunjukkan keinginan untuk dipimpin Kerajaan Negeri yang selari dengan pentadbiran di Peringkat Persekutuan.


"Keinginan untuk sesuatu yang baharu boleh dilihat di kedua-dua negeri berkenaan tetapi jalan untuk merealisasikan itu masih panjang dan tugas yang berat.


"Yang penting kali ini kita mempunyai pembangkang yang kuat dan peluang untuk bekerjasama dengan BN adalah satu peluang.


"Namun jangka masa panjang perlu ada perancangan termasuk membina semula parti KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) di sana," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian dalam temu bual Keluar Sekejap bersama Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan pada Selasa.


Sementara itu jelasnya, kedua-dua negeri itu akan diberikan keutamaan kepada BN khususnya UMNO kerana mempunyai lebih kekuatan.


"Tetapi saya juga tahu di kebanyakan tempat yang mana KEADILAN dan Amanah juga ada kekuatan tersendiri.


"Maka jika boleh menggambarkan Kerajaan Perpaduan, kita mempunyai PH dan BN untuk menang di kedua-dua negeri tersebut," ujar Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu.


Beliau turut berpandangan bahawa jika diberikan masa dalam empat atau lima tahun lagi, PH berpeluang untuk mengambil alih Kelantan secara konsisten.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page