top of page

PH, BN bentuk Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah



Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kedah hari ini melakar sejarah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Julai ini dengan membentuk Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah.


Keputusan itu dicapai sebulat suara usai mesyuarat kedua dua pakatan politik berkenaan selama 2 jam di Pejabat Umno yang dipengerusikan oleh secara bersama oleh Datuk Seri Mahadzir Khalid mewakili BN dan Datuk Wira Mahfuz Omar mewakili PH.


"Kedua dua peimpin telah dilantik menjadi pengerusi kepada Majlis Pimpinan Perpaduan Kedah. Selain dari Timbalan, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari, sebanyak empat jawatankuasa telah dibentuk.


"Jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pilihanraya, Jawatankuasa Komunikasi dan Strategik serta Jawatankuasa Manifesto," kata kenyataan bersama yang dikeluarkan majlis berkenaan.


Menurut kenyataan itu lagi beberapa jawatankuasa lain juga akan dibentuk di peringkat parlimen.


"PH dan BN Kedah sedang mengadakan program bersama untuk membawa naratif Perpaduan Madani Kedah yang sedang berjalan serta beberapa program besar sedang disusun.


"Semua ahli mesyuarat menyatakan keyakinan dan komitmen mampu untuk mengambilalih Kerajaan Negeri Kedah dalam PRN yang akan datang," kata kenyataan itu lagi.


Dengan kerjasama itu, PH dan BN dijangka akan bertanding satu lawan satu menentang PN dalam PRN akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page