top of page

PH - BN bentuk kerajaan negeri Perak - Asmuni

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 21, 2022
  • 1 min read


Pakatan Harapan (PH) dan BN akan membentuk Kerajaan Negeri Perak sekiranya diperkenankan Sultan Perak, hari ini.


Hal itu disahkan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara Perak, Datuk Asmuni Awi dalam satu siaran media.


"Seperti mana saya sebutkan, Amanah Negeri Perak bersama dengan PH Perak akan membentuk sebuah kerajaan baru negeri Perak bersama BN.


"Ertinya sebuah kerajaan yang dibentuk oleh PH dan BN akan mentadbir negeri Perak," katanya.

Asmuni dalam siaran media pagi tadi

Beliau berkata, keputusan itu diambil demi kestabilan politik di negeri itu dan mengekalkan kerajaan beraliran sederhana serta berbilang kaum, mewakili harapan rakyat yang membuang undi pada 19 November lalu.


"InshaAllah (PH - BN) akan membentuk sebuah kerajaan yang stabil sebagai memenuhi hasrat kebanyakan rakyat yang ingin melihat kerajaan yang baru ini sebuah kerajaan yang berjaya mentadbir negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri Perak sekelian," katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Howard Lee tiba di Istana Kinta dipercayai untuk menghadap Sultan Nazrin Shah.


Ahli Parlimen Ipoh Timor dan Bendahari DAP Perak itu tiba sekitar jam 12.15 tengah hari dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page