top of page

KEADILAN bertanding 47 kerusi di PRN Sarawak



Pakatan Harapan (PH) Sarawak mengumumkan akan bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun ini.


Gabungan parti pembangkang itu juga sudah selesai membahagikan kerusi apabila KEADILAN akan bertanding di 47 kerusi, DAP di 26 kerusi dan Amanah di 9 kerusi.


Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata ini adalah kali pertama PH mencapai kata sepakat dengan begitu awal mengenai soal pembahagian kerusi bertanding.


"Ini permulaan yang baik untuk tahun baru. Ini adalah pertama kalinya kita dapat mencapai persetujuan sebelum pembubaran DUN. Tidak akan ada pergaduhan tiga penjuru.


"Tujuannya adalah agar kita memiliki kerjasama yang erat dan meningkatkan peluang untuk menang," katanya seperti dilaporkan Malay Mail.


Chong juga berkata PH terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang "mempunyai kredibiliti dan ikhlas" dalam membantu memenangi PRN Sarawak.


Kesepakatan pembahagian kerusi itu dibuktikan menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani oleh Chong selaku Pengerusi DAP Sarawak, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Larry Sng dan Pengerusi Amanah Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili.


Dalam pada itu, Larry mengucapkan terima kasih kepada rakan PH Sarawak kerana sangat memahami dalam perbincangan mengenai pembahagian kerusi.


"Saya gembira kami dapat mencapai kata sepakat. Ini adalah langkah baru untuk PH, permulaan baru. Saya berharap dapat terus bekerjasama dengan mereka.


"Ini adalah peningkatan dari masa lalu dan diharapkan dapat memberikan hasil yang lebih baik," katanya.


Pengerusi Amanah Sarawak, Abang Abdul Halil juga mengakui beliau berpuas hati walaupun terpaksa mengorbankan beberapa kerusi.


KEADILAN akan bertanding di DUN Opar, Tanjung Datu, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba 'Kelalan, dan Bukit Sari.


DAP akan bertanding di DUN Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram , Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut, dan Senadin.


Amanah pula akan bertanding di DUN Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop, dan Jemoreng.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page