top of page

PH bertanding 14 kerusi di Kelantan, KEADILAN siap siaga



Pakatan Harapan (PH) dalam rundingan kerusi terkini diberi 14 DUN untuk bertanding di Kelantan.


Menurut Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan, BN khususnya Umno dijangka akan bertanding di 31 kerusi, yang mana parti itu mempunyai jentera dan ahli yang lebih banyak.


Untuk persediaan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Zinda, pihak KEADILAN Kelantan telah pun mula mengatur majlis pertemuan antara pemimpin dan rakyat. Program terbaharu katanya, melibatkan pengerusi MPN Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad di beberapa buah DUN.


"Untuk (program) lawatan Nik Nazmi 2 - 3 Julai lalu, saya bawa dia ke DUN Mengkebang, salah satu DUN yang KEADILAN dapat.


"Beliau sempat melawat orang sakit dan bertemu mata dengan masyarakat di DUN itu. Kita juga sempat buat ceramah kelompok Perpaduan di DUN berkenaan


"Malam itu kita buat perjumpaan di DUN Kota Lama (kawasan Kota Bharu) di mana kita kumpul hampir 200 - 300 orang Cina di DUN Kota Lama," katanya.


Anak tempatan Kelantan mula teruja dengan ceramah KEADILAN - Kerajaan Perpaduan

Selain bertemu rakyat atau pengundi di kawasan yang boleh dimenangi, kata Zinda Khalil, Nik Nazmi juga menghadiri program di kawasan kubu kuat Pas bagi menyampaikan mesej Kerajaan Madani kepada rakyat.


"Pada 3 Julai kita bawa YB ke DUN Pasir Pekan. DUN ini merupakan DUN Menteri Besar Kelantan dan kita sempat buat program bertemu rakyat serta ceramah kelompok di sana. Lepas itu kita bawa ke DUN Pasir Tumbuh, parlimen Kubang Kerian, iaitu antara kubu kuat Pas di Kelantan," katanya lagi.


Menurut Zinda Khalil, sambutan yang diterima di kawasan yang dikunjungi Nik Nazmi amat baik malah dikira luar biasa di DUN Kota Lama.


Katanya, terdapat tanda tanda pengundi anak tempatan di Kelantan akan berubah pada PRN yang dijangka akan dilaksanakan pada Ogos ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page