'PH berjaya tarik pelaburan asing ke Johor, rekod yang perlu diterangkan'



Kekurangan peluang pekerjaan kepada anak muda di Johor yang menyebabkan mereka menyeberangi Selat Tebrau ke Singapura mungkin berjaya diselesaikan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak ditumbangkan oleh Umno BN pada Februari 2020.


Rekod menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) banyak memasuki Johor selama 22 bulan PH memerintah.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pencapaian terbaik PH itu perlu diterangkan kepada bangsa Johor yang akan membuang undi pada Mac ini.


"Satu perkara menjadi kejayaan utama kerajaan PH di Johor ialah dari segi menarik pelaburan asing


"Kerajaan PH telah mengadakan lawatan menarik pelaburan asing secara agresif dalam tempoh 22 bulan ia berkuasa. Hampir setiap bulan Exco Kerajaan Negeri Johor yang bertanggungjawab dalam perusahaan antarabangsa telah dihantar ke beberapa pusat ekonomi dunia untuk membawa pelaburan ke Johor.


"Hasil dari usaha bersungguh-sungguh itu maka negeri Johor telah muncul sebagai negeri yang paling banyak menarik modal asing dari pertengahan tahun 2018 sehingga awal tahun 2020, sebelum kerajaan PH ditumbangkan angkara pengkhianatan politik.


"Kejayaan ini adalah fakta, bukan retorik, bukan propaganda pilihan raya," katanya.


Menurut Hassan, fakta tersebut perlu dibandingkan dengan pemerintahan 60 tahun BN di Johor menyaksikan pembangunan tidak seimbang.


Malah Parlimen Tangjung Piai yang bersempadan laut dengan Singapura juga sengaja dibiarkan mundur dan pekan pekan kecilnya 'tersekat pembangunan' seperti era 1980an, sedangkan potensi untuk dijadikan kawasan industri dan menyediakan peluang pekerjaan kepada bangsa Johor amat besar.


"Tiga gabungan parti politik yang terlibat dalam PRN Johor kali ini iaitu BN, PH dan PN mempunyai pengalaman dalam mentadbir kerajaan Negeri Johor.


"BN paling lama memerintah sehingga ia ditumbangkan pada 2018 dalam Pilihanraya Umum ke-14.


"Namun PH ketika mentadbir Johor selama 22 bulan, biar pun ada kelemahan tetapi ada juga kejayaan. PH berjaya dalam banyak perkara ketika mentadbir Johor kurang dua bulan untuk genap dua tahun," katanya lagi.


Justeru, Hassan menyeru bangsa Johor memilih PH sekali lagi untuk meneruskan 'pembetulan' pembangunan di negeri itu yang dibuat secara berpilih pilih oleh BN, dan akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak sekiranya diberi mandat pada PRN kali ini.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER