top of page

PH berjaya tadbir selangor, bukan sekadar mainan kata-kata



Pemimpin Perikatan Nasional (PN) digesa tidak memandang rendah kepintaran rakyat Selangor dalam memilih kerajaan.


Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) KEADILAN, Manivanan Gowin berkata pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang cemerlang pada waktu ini merupakan bukti bahawa rakyat mengiktiraf pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH).


"Kerajaan PH telah berjaya mentadbir negeri dengan pendekatan 'mesra rakyat'.


"Bukan bermain dengan kata-kata, tetapi (rakyat) lebih suka mendengar dasar dan pendekatan yang akan dilakukan oleh pihak lawan untuk rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Manivanan sebelumnya mengulas kenyataan timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang berkata PN yakin menawan Selangor dalam Pilihan Raya Negeri Ogos ini.


Mengulas lanjut, Manivanan berkata perkataan yang lebih tepat terhadap kenyataan Wan Ahmad Fayhsal adalah pembangkang terus menerus dalam penantian.


Khamis lalu, seorang penganalisis menjangkakan PH-BN akan menguasai 55 peratus undi pada PRN enam negeri berbanding PN yang hanya akan memperoleh 45 peratus undi.


Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri dipetik Berita Harian berkata, bagi negeri yang dikuasai PH seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, gabungan itu ada kelebihan dengan mengambil kira prestasi mereka di negeri berkenaan.


Tambahnya, peranan dan sokongan dari UMNO-BN pula adalah satu kelebihan bagi negeri yang dikuasai PH.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page