top of page

PH berjaya halang ASF: Bertindak segera kekang penyakit khinzir di Sabah - Sim Tze Tzin



Laporan menyatakan penyakit bawaan virus, African Swine Fever (ASF) menjangkiti ternakan khinzir di Daerah Pitas, Sabah amat mengejutkan.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian Malaysia, Sim Tze Tzin, sewaktu kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa penyakit tersebut telah berjaya dihalang daripada menjangkiti khinzir di Malaysia.


Gambar lama Sim mengepalai taskforce ASF

Beliau amat kecewa bahawa ASF akhirnya menyerang industri ternakan khinzir di Malaysia.


"Ketika Malaysia sedang memerangi virus Covid-19, kemasukan virus ASF ini menambah ancaman biosekuriti negara. Ini ancaman terbaru kepada industri khinzir sejak penularan virus Nipah pada 1998 yang melumpuhkan industri ini.


"Saya menyeru kerajaan bertindak serius dan pantas dengan meningkatkan biosekuriti ladang-ladang dan meningkatkan ujian-ujian makmal kepada babi ternak dan babi hutan.


"Kerajaan juga harus membantu ladang-ladang khinzir dalam isu teknikal dan bantuan kewangan supaya mereka berupaya meningkatkan biosekuriti ladang mereka.


"Dengan cara ini, Malaysia boleh mengelakkan malapetaka kepada industri khinzir seperti berlaku di China, Vietnam dan Filipina. Lebih kurang 10 Negara Asia seperti China, Vietnam, Korea dan sebagainya telah menjadi mangsa ASF," katanya.

lawatan bagi memastikan ladang terhindari ASF

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu lagi, kerajaan Perkatan Nasional (PN) perlu mengaktifkan semula Taskforce African Swine Fever di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan dipimpin oleh Ketua Pengarah DVS sekiranya mahu mengekang penyakit berkenaan.


"Taskforce ini telah dimulakan oleh saya semasa zaman Kerajaan PH.


"Kerajaan PH mengambil langkah inter-agencies approach untuk bersiap-siaga menghalang kemasukan virus tersebut. Agensi-agensi kerajaan yang terlibat termasuk DVS, MAQIS, Kastam Di-Raja, MoT, PDRM dan sebagainya.


"Seawal 2019, DVS telah menjalankan simulasi lapangan melibatkan latihan dengan modul senario direka bagi menguji tahap kesiapsiagaan dalam membasmi penularan virus itu.


"Sepanjang dua tahun dari August 2018, waktu ASF mula tular di Asia hingga Februari 2020, kerajaan PH berjaya menahan kemasukan ASF dengan kerja-kerja preventif yang sangat proaktif," kata Sim.


Beliau yang juga Jurucakap Parlimen KEADILAN dalam isu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyeru kerajaan PN meningkatkan kesiap-siagaan seperti kerajaan terdahulu, walaupun mereka telah gagal menghalang kemasukan ASF.


Katanya, Industri khinzir di Malaysia dianggar bernilai RM5 bilion dan memenuhi permintaan 40% rakyat bukan Islam dalam Malaysia. Ia juga memenuhi 90% Self Sustainable Level (SSL) negara. Malaysia masih mengimport 10% daging khinzir dari negara Eropah dan negara lain.


"Industri khinzir turut mempunyai rantaian nilai (value chain) yang lengkap dan menyediakan peluang pekerjaan yang sangat besar jumlahnya," kata Sim lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page