top of page

PH beri laluan kepada BN di DUN Mahkota

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 17, 2024
  • 1 min read

ree

Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk memberi laluan kepada BN bertanding di kerusi DUN Mahkota dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kematian ADUNnya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain baru baru ini.


Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kesepakatan telah dicapai dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi PH minggu lalu bahawa parti yang menang dalam pilihanraya lalu akan diberi kelebihan meneruskan cabaran di DUN tersebut.


"Kepemimpinan tertinggi PH telah bermesyuarat pada minggu lepas dipengerusikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bersetuju dengan keputusan bahawa kerusi DUN Mahkota tidak ditandingi oleh calon PH pada PRK nanti.


"Adalah juga dipersetujui bahawa PH bersetuju calon Barisan Nasional akan bertanding sebagai menghormati kerusi “incumbent” sepertimana Barisan Nasional berbuat serupa ketika PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada September 2023 tempoh hari," katanya dalam kenyataan.


Dalam pada itu, kata Saifuddin, PH akan turun memberi sokongan dan dokongan sepenuhnya kerana mengekalkan kemenangan kerusi DUN Mahkota adalah menjadi keutamaan dalam semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan hari ini.


Sebelum ini kontroversi melanda DUN Mahkota apabila AMANAH ingin bertanding di sana kerana kerusi tersebut pernah ditandingi parti berkenaan.


Bagaimanapun UMNO mempertahankan kerusi tersebut berdasarkan persefahaman penyandang akan terus diberi peluang seperti amalan sebelum ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page