top of page

PH bentuk Kerajaan perpaduan untuk elak perpecahan kaum kronik



Kerajaan Perpaduan bukan dibentuk dan dirancang sebelum pilihan raya umum (PRU) tetapi kerana faktor semasa yang menggugat negara.


Hal itu diungkapkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam ceramah bersama PH - BN dalam Pilihan Raya Kecil Padang Serai, malam tadi.


Beliau berkata, kempen perkauman yang digunakan PN untuk menang dalam PRU 15 lalu mampu menyebabkan Malaysia bergolak dan huru hara sebagaimana Syiria, Iraq atau Somalia jika tidak dibendung.


"Kita bentuk kerajaan (perpaduan) ini bukan kita rancang dari awal. Bukan kita rancang nak berkawan dengan Umno.


"Tetapi dia jadi di luar perancangan kita dan kita ambil peluang ini untuk selamatkan Malaysia.


"Kebelakangan ini dilihat timbul kebencian atas kaum, bukan perangai individu. Trend kebelakangan ini mengajak rakyat benci kepada Cina, India. Saya ingat ada himpunan (ceramah politik) di Terengganu, seorang menjerit bunuh Cina. Ini satu trend yang cukup bahaya.


"Kita kena ingat apa yang berlaku di Syiria, Iraq, Somalia. Sudah 40 tahun di Somalia bunuh orang Islam beza keturunan, mazhab. Di iraq rizab minyaknya keempat dalam dunia tetapi negeri itu saya pergi beberapa bulan lalu, saya tengok tiang lampu senget, jalan berlubang, sampah berselerak akibat pergaduhan fahaman takfiri yang tidak selesai. Di Syiria pun begitu juga.


"Atas sebab ini kita ambil keputsuan sanggup kerjasama dengan BN untuk menyekat fahaman perkauman yang merebak," katanya.


Ahli Parlimen Kota Raja itu turut menyelar perumpamaan Presiden Pas bahawa rakyat Islam yang diperintah penguasa Kristian seumpama diarah mengembala babi.


Hal itu, katanya tidak boleh diucapkan dalam negara berbilang kaum dan agama.


"Lihat Presiden Pas kata apa, kalau Kristian memerintah orang Islam jadi gembala babi. Kalau orang Islam zalim memerintah kita jadi penggembala lembu. Yang mana kita nak pilih, gembala babi atau lembu?


"Ini ucapan orang digelar ulama. Merbahaya ucapan ini. Bagaimana umat Islam di selatan Thailand? Umat Islam banyak di sana. Macam mana saya nak ziarah adik beradik saya di sana kerana mereka jadi gembala babi sebab diperintah bukan Islam.


"20 juta umat Islam di Eropah dan pemimpin mereka Kristian, adakah umat Islam di sana pengembala babi?


"Kenyataan ini bahaya kepada Malaysia. Kita mesti henti fahaman ini. Cara nak henti kita kena menang calon kita pada 7 Disember nanti, Dr Sofee kena menang," katanya.


Sehubungan itu, Mat Sabu mengajak PN dan Pas menjadi pembangkang yang baik.


Katanya, mereka seharusnya menyumbang buah fikiran dalam pemulihan ekonomi Malaysia yang mula menampakan rentak ketika ini, bukannya mengeruhkan keadaan.


"Naik Anwar PM matawang kita naik 40 sen. Ertinya dari RM4.80 jadi RM4.41. Hari nak umum kabinet naik RM3.80.


"Bila duit dah naik kita nak import barang kurang sikit harga dan harga barang akan turun perlahan lahan.


"Hangpa tanya puak Pas depa tau ke buat macam ni? Ertinya keyakinan pelabur antarabangsa kepada Anwar.


"Sebab itu kita harap pembangkang masuk parlimen dan kritik kami. Cuma tolonglah jangan jatuh 22 bulan, biar kami habis sepenggal," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page