PH baris calon bantu rakyat, bukan pengkhianat kayakan diri sendiri - Asri



Pakatan Harapan (PH) membariskan calon-calon berkualiti dan berintegriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.


Menurut calon PH DUN Lendu, Mohamad Asri Ibrahim, calon-calon yang dipilih telah dipastikan tidak mempunyai kecenderungan mengkayakan diri sendiri atau bersikap oportunis


Beliau berkata, calon PH telah ditanamkan prinsip perjuangan yang jitu dan bersedia mendahulukan rakyat dalam segala hal.


"Kita jika nak mengambil sesiapa diangkat menjadi pimpinan, perlulah memilih dengan betul orang yang bersedia berkhidmat untuk rakyat, bukan di kalangan yang oportunis.


"Kita nak sebut dalam KEADILAN dan PH, kami ini telah ditanam ideologi dan prinsip perjuangan, bukan pimpinan yang terjun ke politik untuk dapat laba dan mengkayakan diri seperti yang berlaku dalam kumpulan pengkhianat.'


"Rakyat perlu difahamkan perlunya urustadbir baik. Pasukan pengurusan kerajaan yang ada integriti, akauntabiliti untuk mengurus dan juga berwibawa," katanya dalam program sembang santai bersama Mustapa Mansur semalam.


Menurut Asri yang juga Penyelaras DUN KEADILAN Lendu, sekiranya rakyat memilih PH maka mereka tidak akan terjerumus lagi ke dalam politik berasaskan kaum sebagaimana sebelum ini.


Katanya, politik perkauman sudah tidak sesuai untuk diamalkan di Melaka sekiranya negeri itu ingin maju sebaris rakan-rakan di Asia Tenggara lainnya.


"Sistem politik kita telah didoktrinkan, parti KEADILAN macam ini, Pas macam ini, DAP komunis. Proses indoktrinasi ini harus dipadamkan. Kalau kita nak majukan bangsa, nak ada satu negara yang boleh bersaing, isu ini harus dikurangkan.


"Kita tengok di Indonesia, Singapura, negara yang hampir dengan kita, tidak ada lagi parti relevan bila mereka bawa isu nasionalis atau agama. Sebab rakyat tanya perut ada isi atau tak ada isi?


"Rakyat tanya apa kerajaan boleh buat isi perut mereka? Setakat sembang soal nasionalis, rakyat juga akan jadi masalah (negara tak ke mana)," katanya .


Asri yang juga lulusan undang-undang mengharapkan pengundi Melaka kekal bijak sebagaimana mereka dengan bijaksananya menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


Tambah beliau, pengundi harus mengambil kisah sejarah terbentuknya negeri itu kerana keberanian dan kebijakan watak kancil dalam sejarah yang dikagumi Parameswara, pemerintah pertama empayar Melaka.


"Rakyat Melaka bijak. Kalau tak bijak macam mana PRU 14 dulu BN jatuh. Tetapi pimpinan pun bijak, bijak menipu. Jadi asas rakyat Melaka bijak, konsisten saya sebut misalnya jata negeri Melaka di tepinya ada dua ekor kancil. Dalam cerita Melayu sang kancil amat bijak.


"Kalau buka buku sejarah bagaimana tamadun Melayu ini hebat, ia bermula di Melaka. Apabila Parameswara bergerak dari Muar dia sampai di satu tempat. Anjing burunya diterajang oleh kancil. Anjing itu jatuh. Parameswara tanya pokok apa (tempat beliau berehat). Ini pokok melaka. Kita buat negeri, tempat ini istimewa kerana kancil di sini berani, bijak.


"Semanagat itu kita kena angkat. Rakyat Melaka mesti ikut resam kancil, kecil tetapi bijak," katanya lagi.


Dalam penamaan calon semalam, Asri diberi no. 2 pada kertas undi dan beliau mengajak pengundi untuk melakukan perubahan total pada PRN kali ini.


Asri berhadapan calon Ketua Menteri Melaka dari BN Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER