top of page

PH akan sokong pindaan Perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963



Pakatan Harapan (PH) akan menyokong usaha kerajaan Perikatan Nasional untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963.


Majlis Presiden PH berkata, pindaan berkenaan sesuai dengan memorandum kerjasama (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan PH pada 13 September lalu yang bertekad menyelesaikan status 'rakan kongsi' antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.


"Majlis Presiden PH difahamkan Kerajaan berniat membawa usul pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada minggu hadapan. Malah Kerajaan PH telah berusaha berbuat demikian tetapi tidak berjaya kerana tidak ada majoriti dua pertiga.


"PH pada dasarnya bersetuju menyokong usaha Kerajaan ini memandangkan ia adalah sebahagian dari Perkara 5, Perjanjian Persefahaman antara Pakatan Harapan dan Kerajaan. PH tidak akan bermain politik tetapi akan berikan sokongan dua pertiga kepada pindaan berkenaan agar hak rakyat Sabah dan Sarawak dapat diperkukuhkan.


"Kami berharap pindaan ini akan mempergiat usaha melaksana segala perkara yang termaktub di dalam MA63 demi menegakkan keadilan buat Sabah dan Sarawak," kata mereka dalam satu kenyataan.


Tegas Majlis Presiden lagi, pindaan Perlembagaan tersebut merupakan perjuangan panjang parti-parti komponen dalam PH yang mahu keadilan dan kesaksamaan wujud dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Malaysia Timur bagi memudahkan usaha untuk membangunkan negeri-negeri Borneo berkenaan.


"Pendirian ini adalah sebahagian dari usaha pimpinan PH sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008, serta pendirian DAP menerusi Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah dan menurunkan status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’.

"Pakatan Harapan akan sentiasa berusaha memperjuangkan hak dan keadilan buat Sabah dan Sarawak," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page