top of page

PH adalah 'Grand Coalition' sebenar



Idea Grand Coalition realitinya telah pun dilaksanakan dalam Pakatan Harapan (PH) sejak sekian lama.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni, perkara yang sebaik-baiknya dilakukan oleh parti-parti di luar PH ialah masuk ke dalam gabungan.


Manakala mewujudkan gabungan baharu, katanya, seolah-olah satu perancangan halus yang mahu mengenepikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Gabungan yang baharu dicanangkan itu adalah bersama pemunca kejatuhan Kerajaan PH selepas beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sekali gus membelakangkan Majlis Presiden PH pada Februari lalu," katanya dalam siaran di Facebook.


Maka Ysahrudin mempersoalkan apakah pembangkang kali ini membelakangkan Majlis Presiden sekali lagi apabila dua tonggak utama DAP dan Amanah membuat kenyataan bersama tanpa merujuk kepada KEADILAN?


ADUN Bukit Naning itu juga tertanya-tanya apakah yang bermain di benak kedua-dua pemimpin itu sehingga mahu bergabung semula dengan penggagal perjuangan Reformasi institusi secara menyeluruh?


"Manifesto PH sewaktu menjadi Kerajaan Persekutuan telah dibakul sampahkan oleh Perdana Menteri ketika itu dengan tanpa rasa bersalah kepada kepercayaan rakyat yang telah memberikan mandat menumbangkan kerajaan kleptokrat dan memerintah atas dasar reformasi


"Selepas kegagalan dari 'dalam' sewaktu PH memerintah negara dan dijatuhkan secara tidak sedar, adalah amat perlu PH belajar dari kesilapan dan dijadikan pengajaran. Aneh kerana tiada langsung timbul kesedaran atau telah 'digenggam' oleh individu yang tidak berparti itu?" tanya beliau lagi.


Justeru, menurut Ysahrudin, PH seharusnya kembali kepada fokus menghadapi PRU15 yang bila-bila masa sahaja akan berlaku dan rapatkan saf.


"Kena akui Pakatan Harapan ialah 'The Real Grand Coalition' yang boleh melaksana reformasi menyeluruh tanpa dibayangi pengkhianat bermuka dua.


"Atau mahu the most real grand coalition yakni KEADILAN yang paling nyata terbukti diterima pelbagai lapisan masyarakat pada PRU14 lalu berbanding Grand Coalition yang dilontar oleh sebuah parti yang gagal di Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, lalu digembar-gemburkan oleh individu tiada parti itu?" katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page