top of page

Pembangkang ada 107, beberapa MP kerajaan akan menyokong, kerajaan PN tumbang


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa sudah jatuh berdasarkan jumlah Ahli Parlimen yang berada di Dataran Merdeka.


Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat 107 Ahli Parlimen Pembangkang di Dataran Merdeka dan beberapa Ahli Parlimen dari parti-parti yang lain sedang bersedia untuk menarik diri dari kerajaan.


"Hari ini kita berhimpun, menyatakan bahawa secara jumlah Ahli Parlimen (bersama kita), kerajaan PM Mahiaddin tumbang hari ini. Saya dapat maklumat ada parti lain yang mahu keluar dari PN. Dengan 107 yang ada di sini dan sokongan lain PM Mahiaddin sudah tumbang


"Tetapi dengan pelanggaran hukum, membelakangi undang-undang, derhaka kepada Agong. Belum pernah dalam sejarah PM dan kabinetnya melanggar institusi Raja. Sebab itu kita berhimpun hari ini," katanya di Dataran sebelum Ahli Parlimen bergerak ke Parlimen.


Dengan 107 Ahli Parlimen, Pembangkang hanya memerlukan 4 lagi Ahli Parlimen kerajaan untuk berpaling bagi mendapatkan simple majority membentuk kerajaan baharu daripada 220 Ahli parlimen.


Minggu lalu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tidak lagi duduk di bangku penyokong kerajaan. Juga timbul ura-ura beberapa Ahli Parlimen Umno yang menulis surat sama tetapi dinafikan oleh Speaker dalam satu kenyataan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page