top of page

PETUNAS bukti kesungguhan Selangor angkat warisan ilmu ulama Nusantara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 6
  • 1 min read

DS Amirudin menunjukkan antara buku buku karya ulama Islam di PETUNAS
DS Amirudin menunjukkan antara buku buku karya ulama Islam di PETUNAS

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus membuktikan komitmen memelihara dan mengangkat khazanah ilmu silam sebagai panduan umat Islam masa kini dan akan datang.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, inisiatif itu diterjemahkan melalui penubuhan Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor (PETUNAS) sebagai sebuah pusat strategik untuk mendokumentasikan warisan agung para ulama serta menjadi rujukan generasi mendatang.


"Di tengah arus moden yang serba pantas ini, khazanah ilmu silam tidak boleh dibiarkan tenggelam.


"PETUNAS akan berperanan menghidupkan kembali turath lama, menyegarkannya dengan pendekatan kontemporari, dan memastikan ia terus relevan dengan cabaran umat Islam hari ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook.


Menurut Amirudin, idea untuk menubuhkan PETUNAS hadir apabila melihat Festival Turath Islami Selangor berjaya menghasilkan banyak dapatan dan nilai yang perlu didokumentasikan agar tidak hilang ditelan zaman.


"Justeru, penubuhan PETUNAS bukan hanya sebagai inisiatif memelihara manuskrip lama, tetapi akan dibangunkan sebagai hab penyelidikan ilmu Islam, pusat latihan pendakwah, dan menjadi medan pertemuan ulama-ulama dari seluruh Nusantara," jelas beliau.


Tambah Amirudin lagi, PETUNAS juga menjadi sebahagian daripada pelaburan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam melahirkan pemimpin berilmu dan berwibawa, menerusi penubuhan Maahad Turath Siddiqiah — sebuah pondok moden berteraskan manhaj Al-Azhar.


"Maahad ini akan melatih pelajar tahfiz terpilih dari seluruh Selangor dengan kurikulum berasaskan kitab kuning, fiqh, tauhid, serta mendalami aspek ekonomi dan politik Islam," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page