top of page

Petros - Petronas bakal teroka kerjasama perniagaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 9
  • 1 min read


Pihak Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan meneroka kerjasama dalam bidang perniagaan minyak dan gas.


Hal itu dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Menurut beliau, pihak Petros bersetuju untuk melihat kerjasama yang boleh diterokai oleh kedua-dua syarikat pada masa depan.


Bagaimanapun, katanya, sekiranya tiada kata putus maka rundingan berkenaan akan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


"Pihak Petros sudah pun mengemukakan surat cadangan pada minggu ini berkaitan haluan dan kerjasama pada masa akan datang," katanya dipetik.


Kata beliau, cadangan kerjasama itu masih menunggu respons daripada pihak Petronas dan diharap dapat mencapai persetujuan dalam tempoh terdekat.


Rundingan kerjasama itu adalah sebahagian daripada langkah untuk kedua-dua syarikat menterjemahkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.


Fadillah berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Kompleks Sukan Satok pada Sabtu.


Untuk rekod, Petros melalui Perjanjian Malaysia 1963 yang dikuat kuasakan telah menjadi operator tunggal minyak dan gas di Sarawak dan mengambil alih pengoperasian perniagaan berkaitan daripada Petronas mulai 2025.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page