top of page

Jual aset di Kanada: Petronas tolak laporan Bloomberg

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read

ree

Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menolak laporan yang menyatakan ia bakal menjual kepentingannya di Kanada.


Sebaliknya syarikat minyak nasional itu menjelaskan bahawa ia komited terhadap pelaburannya di Kanada dengan mengendali pembangunan gas huluan North Montney Joint Venture.


"Sebarang laporan mendakwa Petronas meninggalkan Kanada adalah tidak tepat," kata kenyataan itu yang dipetik media tempatan hari ini.


Semalam laporan Bloomberg dipetik sebagai berkata Petronas sedang mempertimbangkan langkah menjual syarikat miliknya di Kanada yang dahulunya dikenali sebagai Progress Energy Resources Corp, dengan anggaran nilai mencecah antara AS$6 bilion hingga AS$7 bilion (sekitar RM27.6 bilion hingga RM32.2 bilion).


Kenyataan itu berkata syarikat tersebut merupakan rakan kongsi utama dalam kemudahan pencairan gas LNG Canada di Kitimat, British Columbia.


"LNG Kanada sedang membuat persediaan untuk kargo pertamanya tahun ini, Petronas berbangga dapat menyediakan gas asli cecair Kanada rendah karbon dan boleh dipercayai untuk menyokong pasaran tenaga global untuk beberapa dekad akan datang," jelas kenyataan itu.


Memetik laporan Bloomberg, Petronas membeli Progress Energy pada 2012 pada harga kira-kira AS$5.3 bilion, mengembangkan portfolio gas syal dan mengukuhkan pangkalan bekalan gasnya.


Firma itu juga memiliki 25 peratus kepentingan dalam projek LNG Canada, sebuah usaha sama gas asli cecair utama bersama Shell Plc, PetroChina Co Ltd, Mitsubishi Corp dan Korea Gas Corp.


Harga minyak yang rendah telah menjejaskan Petronas, yang melaporkan penurunan lebih 30 peratus dalam pendapatan bersih pada 2024 selain mengumumkan pengurangan pekerja yang akan bermula tahun ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page