top of page

PM bangga PETRONAS berjaya muktamad pelaburan LNG Canada, nilai CA33 bilion

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
16 hours ago
1 min read
Delegasi PETRONAS berjaya mendapat kata sepakat bersama rakan kongsi berhubung projek LNG Canada
Delegasi PETRONAS berjaya mendapat kata sepakat bersama rakan kongsi berhubung projek LNG Canada

PETRONAS mencipta kejayaan lagi apabila berjaya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 di Kanada bersama rakan usaha samanya, yang membuka laluan kepada pelaburan sektor swasta bernilai CA$33 bilion.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang teruja dengan pencapaian itu berkata, perkembangan berkenaan bakal memperluas kemudahan LNG Canada sekali gus menjadikannya antara kemudahan gas asli cecair terbesar di dunia.


"Alhamdulillah, saya menerima khabar gembira dari Kanada apabila PETRONAS bersama rakan usaha samanya berjaya memuktamadkan keputusan pelaburan bagi projek LNG Canada Fasa 2 di Kitimat, British Columbia," katanya menerusi kenyataan.


Menurut Anwar, pembesaran projek berkenaan turut berpotensi memperkukuh bekalan tenaga kepada pasaran antarabangsa.


Beliau turut merakamkan tahniah kepada seluruh warga PETRONAS atas kejayaan memuktamadkan keputusan pelaburan projek berskala besar berkenaan bersama rakan antarabangsa.


"Keupayaan syarikat negara menjayakan projek tenaga berskala besar bersama rakan antarabangsa turut mencerminkan kepercayaan terhadap kepakaran dan kemampuan Malaysia," katanya.


Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney atas sokongan yang diberikan kepada PETRONAS.


Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Carney serta delegasi Kanada pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan dua hala.


"Saya mengalu-alukan pertemuan bersama PM Carney dan delegasi Kanada pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan persahabatan serta memperluas kerjasama Malaysia-Kanada," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page