top of page

Petrol RON95 RM1.99 seliter, kadar tol tidak naik, bil elektrik turun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23
  • 2 min read

ree

Rakyat yang dihargai Kerajaan Madani akan mendapat harga jualan petrol RON 95 pada kadar RM1.99 seliter dalam tempoh beberapa bulan lagi.


Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan khas Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia oleh YAB Perdana Menteri, pagi tadi.


Menurut beliau, dasar subsidi bersasar RON 95 kelak bukan sahaja memberi kelebihan kepada rakyat yang layak tetapi juga diberi bersama pakej penurunan harga.


"RON95 memang melibatkan subsidi tinggi tetapi saya tahu ini punca keluhan.


"Sekarang kita sedia melihat keperluan menurunkan sedikit harga minyak daripada RM2.05 sekarang, biarpun harga kos pasaran penjualan minyak (berdasarkan harga dunia) masih RM2.50 seliter.


"Kita jual RM2.05 dan sebelum akhir September ini saya akan pastikan pelaksanaan turunkan harga minyak kepada RM1.99 seliter.


"Ini penurunan yang agak tinggi walaupun ia melibatkan kos kepada kerajaan yang bertambah. Ia akan memberi manfaat kepada 18 juta pemandu kereta, penunggang motorsikal, belia seawal usia 16 tahun dan juga pekerja ekonomi gig. Jadi semua akan dapat manfaat dengan harga minyak rendah," katanya.


Pengurangan harga petrol itu, kata Anwar, tidak akan dinikmati oleh warga asing dan golongan kaya sebagaimana sistem subsidi pukal yang diamalkan hari ini.


Selain itu, PM juga mengumumkan kadar tol tidak akan dinaikkan biarpun berdasarkan perjanjjian oleh kerajaan terdahulu, kadar tol pada beberapa lebuh raya utama wajar dinaikkan.


Untuk itu, katanya kerajaan setuju membayar pampasan kepada beberapa syarikat konsesi tol di lokasi Putrajaya, Perak dan beberapa tempat lain untuk mengekalkan kadar sedia ada.


"Kalau ikut unjuran kadar tol naik pada tahun ini mengikut perjanjian lama - jangan dibebankan kita - (perjanjian) antara syarikat dengan pentadbiran kerajaan dulu.


"Tetapi kita setuju supaya kenaikan tidak dilaksanakan tahun ini kerana kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta (pampasan) supaya tol tidak naik dan melibatkan beberapa lebuh raya," katanya.

PM nyatakan bil elektrik turun
PM nyatakan bil elektrik turun

PM dalam pengumuman itu turut menegur golongan yang sebelum ini mempolitikkan kononnya tarif elektrik naik sedangkan belum ada bil elektrik dikeluarkan pada hujung Julai untuk membuktikan kenaikan.


"Oleh kerana kos minyak menurun sekarang walaupun tarif elektrik (baharu) bermula Julai 2025, bil elektrik rakyat tidak naik.


"(Malah) 85% pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik mulai Julai 2025. Maknanya ada penurunan sehingga 14% tidak seperti mana jadi fitnah di luar. Tarif elektrik naik, tetapi kos rendah maknanya bil elektrik rendah.


"Tengok akhir bulan ini bil elektrik masing masing. Kalau nak mengeluh maka mengeluh masa itu, jangan umpamanya andaikan kenaikan (sebelum bil keluar)," kata beliau lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page