top of page

PETRA salur RM296 juta tangani hakisan pantai sepanjang RMK-12

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 minutes ago
  • 1 min read

ree

Usaha menangani hakisan pantai serta kerosakan akibat banjir dan ombak besar terus dipergiat melalui peruntukan RM296 juta yang disalurkan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, meskipun JPS tidak mempunyai dana kecemasan khusus bagi tujuan itu, namun kerja-kerja mitigasi tetap dijalankan berdasarkan permintaan semasa dan tahap keperluan kritikal.


"Walaupun tiada peruntukan kecemasan khas, tindakan segera tetap dilaksanakan bagi kerja-kerja selepas berlaku banjir atau ombak besar yang tidak dijangka, berdasarkan permintaan semasa di bawah butiran Kerja-Kerja Kecemasan di Luar Jangka.


"Kerajaan turut melaksanakan langkah jangka panjang melalui pendekatan struktur dan bukan struktur.


"Pendekatan struktur melibatkan RM3.53 bilion bagi 45 projek hakisan pantai dan muara sungai, dengan 19 projek sedang dilaksanakan, 14 di peringkat pra pelaksanaan, lima di pasca pelaksanaan, dan tujuh projek telah siap sepenuhnya," katanya dipetik di Dewan Negara pada Rabu.


Terdahulu beliau menjawab soalan dikemukakan seorang Ahli Dewan mengenai jumlah peruntukan kecemasan hakisan pantai dalam tempoh lima tahun terakhir.


Mengulas lanjut, kerajaan turut menggunapakai pendekatan bukan struktur melalui 20 kajian di bawah Pelan Pembangunan Pantai Bersepadu (ISMP) bertujuan membantu kerajaan negeri dan PBT merancang pembangunan pesisir secara lebih lestari.


Justeru beliau menegaskan bahawa kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting bagi memastikan mitigasi hakisan pantai lebih berkesan dan menyeluruh dapat diadakan supaya memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page