top of page

Petisyen PRK KKB: 'PN bebas kumpul bukti, hantar petisyen'



Oleh: Abdullah Zaid


Perikatan Nasional (PN) dicabar bagi mengemukan petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentang kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) awal Mei lalu.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan bersedia dalam apa jua keputusan dan pihak pembangkang boleh mengemukan bukti-bukti bagi tuduhan itu.


"Kumpulah, kumpullah bukti itu," katanya ringkas dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.


Sebelum ini Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan pihaknya sedang mengumpulkan fakta dan bukti salah laku dalam PRK Kuala Kubu Bharu sebelum mengemukakan petisyen kepada SPR.


Jelas ADUN Hulu Kelang itu, pihak PN giat mengarahkan semua Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) mengumpulkan bukti sebelum membuat petisyen.


PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei lalu menyaksikan PH menang bergaya mempertahankan kerusi DUN itu selepas calonnya Pang Sock Tao, menang dengan majoriti 3,869 undi.


Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memperoleh 14,000 undi, menewaskan pencabar dari PN, Khairul Azhari Saut yang meraih 10,131 undi; calon bebas, Nyau Ke Xin (188 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin (152 undi).


PRK tersebut diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page