top of page

Peserta Flotilla ke Gaza buat persiapan hadapi kemungkinan serangan Israel



Oleh: Abdullah Zaid


Delegasi Malaysia selesai melakukan latihan tanpa kekerasan, sebagai salah satu prosedur wajib sebelum memulakan misi 'Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla’ di Istanbul, Turkiye.


Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH Raja Bahrin Shah berkata, latihan simulasi itu diadakan sebagai persediaan kendiri bagi berdepan dengan kemungkinan serangan daripada rejim Zionis.


"Dalam usaha murni sukarelawan ingin memecahkan sekatan Zionis Israel dengan menghantar bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas kepada penduduk Palestin di Gaza, mereka mesti bersedia menghadapi segala kemungkinan.


"Di antaranya ialah kemungkinan dihalang dan diserang oleh rejim brutal zionis Israel seperti yang pernah berlaku kepada kapal Mavimarmara dan Flotilla ke Gaza yang lepas.


"Ada sukarelawan telah ditembak dan ada yang ditangkap," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Raja Bahrin, latihan itu juga disertai oleh ketua rombongan Malaysia seperti Datuk Dr Seri Kamal Nasharuddin, Kamarul Zaman, Dr Fauziah Hassan dan Professor Dr Mohd Afandi Salleh.


"Tidak ketinggalan di antara pengerak utama kumpulan antarabangsa ini bekas tokoh diplomat Amerika Syarikat, Kolonel Anne Wright juga menyertai latihan tersebut.


"Marilah kita berdoa untuk keselamatan dan kepulangan mereka dalam keadaan yang baik setelah menghantar bekalan ke Gaza, inshaAllah," ujarnya.


Terdahulu, seramai 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu tiba di Istanbul, Turkiye pada 2.47 petang (waktu tempatan).


Pengerusi MyCARE, Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha, pada sidang media baru-baru ini memaklumkan 20 warga Malaysia itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.


Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof, dan jurukamera Bernama TV, Mohammad Nulhakim Jailan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page