top of page

Pesawat bawa PM Anwar selamat mendarat di New York




Perdana Menteri (PM) Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor tiba di New York, Amerika Syarikat semalam bagi menyertai pemimpin-pemimpin dunia menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.


Pesawat membawa PM yang berlepas ke New York pada Selasa, mendarat di Lapangan Terbang Westchester County, New York pada kira-kira pukul 10.35 pagi (10.35 malam waktu Malaysia) disambut Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad.


Pada perhimpunan ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka akan berkongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim untuk mencapai Agenda 2030, pelan hala tuju negara di bawah rangka kerja Malaysia MADANI serta beberapa lagi isu global.


Beliau turut dijadualkan untuk menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perbahasan Umum pada Jumaat (22 Sept) di ibu pejabat PBB.


Tema perbahasan umum tahun ini ialah Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals (SDG) towards peace, prosperity, progress and sustainability for all (Membina semula kepercayaan dan menghidupkan semula perpaduan global: Mempercepatkan tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah keamanan, kemakmuran, kemajuan dan kemampanan untuk semua).


Perdana Menteri mempunyai jadual yang padat sepanjang berada di kota metropolitan itu, bermula dengan mesyuarat bilateral bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan beberapa jam sebaik beliau tiba. Beliau juga akan mengadakan mesyuarat bilateral bersama pemimpin dari Iran, Sri Lanka, Thailand dan Iraq.


Pada Khamis, Anwar dijadual menyertai Perbincangan Meja Bulat dengan Fortune 500 Companies dan sesi libat urus dengan Invest Malaysia New York, selain bertemu usahawan dan pelabur baharu yang berpotensi dari Amerika Syarikat (AS).


Beliau turut akan menghadiri sesi perbincangan dengan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir dan penerbit bebas bukan partisan, yang mempromosikan pemahaman mengenai hubungan antarabangsa dan dasar luar negara pada hari sama.


Manakala pada Jumaat Perdana Menteri dijemput bagi menyampaikan Khutbah Jumaat di Islamic Cultural Centre New York (ICCNY) pada 22 Sept, menjadi pemimpin luar pertama yang diberikan penghormatan seumpamanya oleh pusat tersebut.


Perdana Menteri juga dijadual ditemu bual oleh Christiane Amanpour dari CNN dan Bloomberg selain menghoskan majlis makan malam bersama kira-kira 1,000 diaspora.


Anwar sepanjang di New Work beliau akan disertai Zambry; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan beberapa Ahli Parlimen dan pegawai kerajaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page