top of page

PeSAWAH lega tuntutan dapat perhatian Kerajaan MADANI


Wakil PeSAWAH ketika menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Pedana Menteri
Wakil PeSAWAH ketika menyerahkan memorandum kepada pegawai khas Pedana Menteri

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) menyatakan rasa lega apabila tuntutan mereka berhubung harga lantai padi mendapat perhatian kerajaan MADANI.


Pengerusinya, Abdul Rashid Yob dipetik laporan media berkata, pihaknya berharap kenaikan harga padi yang bakal diumumkan akan ditetapkan pada kadar relevan dengan kos semasa bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada pesawah.


Bagaimanapun, pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu membuat sebarang spekulasi sehingga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu.

"Kami tidak mahu membuat andaian yang boleh mengganggu proses di peringkat kementerian, namun kami berharap pengumuman itu akan membawa khabar gembira kepada pesawah, terutamanya berkaitan tuntutan yang kami kemukakan sebelum ini.


"Kami tidak mahu ulas (lanjut) tapi kita harap kenaikan seperti mana yang kita tuntut dalam memorandum sebelum ini ," katanya.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Selasa memaklumkan kerajaan akan mengumumkan kadar harga lantai padi yang baharu minggu depan.


Semasa sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) beliau memaklumkan, kenaikan harga munasabah itu bakal diperincikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.


Kerajaan bercadang memperuntukkan subsidi bernilai RM150 juta bagi tempoh enam bulan bagi mengimbangi harga beras di pasaran susulan kesan daripada kenaikan harga lantai padi yang baharu supaya tidak menjejaskan pengguna.


Pada 27 Januari lalu, PeSAWAH menghantar memorandum kepada Perdana Menteri bagi menuntut kerajaan menaikkan harga lantai penjualan padi kepada RM1,800 satu tan berbanding RM1,300 ketika ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page