top of page

Pesara digalak terus aktif menyumbang kepada masyarakat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Mesyuarat Agung DwiTahunan 5PM Cawangan Kuantan Kali Ke-12 berlangsung di Hotel Sri Manja, Kuantan
Mesyuarat Agung DwiTahunan 5PM Cawangan Kuantan Kali Ke-12 berlangsung di Hotel Sri Manja, Kuantan

Golongan pesara disaran agar terus aktif menyumbang kepada masyarakat selagi masih berkemampuan, kata Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM) Cawangan Kuantan bagi sesi 2026–2028, Datuk Ahmad Azmy Abu Talib.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung DwiTahunan 5PM Cawangan Kuantan Kali Ke-12 yang berlangsung di Hotel Sri Manja, di sini.


"Warga pesara perlu terus aktif menyumbang kepada masyarakat selagi berkemampuan melakukan demikian," katanya.


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi yang turut menzahirkan keyakinan terhadap peranan 5PM Cawangan Kuantan sebagai aset penting dalam membantu pembangunan pendidikan.


"Keanggotaan dalam kalangan pesara guru merupakan aset pertubuhan untuk terus membantu pendidikan anak bangsa," katanya dalam ucapan perasmian.


Beliau turut menggalakkan pertubuhan itu memanfaatkan inisiatif kerajaan seperti program Sejati Madani bagi menjana ekonomi komuniti pesara, selain memperluaskan penglibatan dalam aktiviti sosioekonomi.


Dalam program sama, Fakhrul Anuar yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kuantan menyampaikan sumbangan kepada 20 ketua keluarga miskin sebagai sebahagian daripada aktiviti kebajikan tahunan pertubuhan.


Sementara itu, mesyuarat berkenaan turut menyaksikan pemilihan kepimpinan baharu bagi sesi 2026–2028 dengan Ahmad Azmy dipilih sebagai pengerusi menggantikan Abdul Rahim Mohamad.


Jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang oleh Alwi Muda, manakala majlis turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan 5PM, Mohd Sabri Arsad serta Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Sridayu Samsuri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page