top of page

'Perwakilan wanita di Parlimen masih rendah, teruskan agenda memberdaya wanita'



Perwakilan wanita di Parlimen yang rendah ketika ini menyebabkan sebarang akta berkaitan wanita sama ada yang baharu atau pindaan amat lembab untuk diluluskan.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, wanita seharusnya diberi kedudukan yang lebih baik dalam kerajaan hari ini.


Katanya, Hari Wanita Sedunia tidak seharusnya disambut sebagai acara keraian tahunan atau pesta pestaan sekiranya tidak didasari tekad mengangkat agenda memberdaya wanita.


"Dalam konteks sebagai pembuat dasar dan memaknai partisipasi wanita dalam politik, kedudukan representasi wanita di dalam Parlimen saya lihat masih rendah.


"Menurut data Malaysia’s Gender Gap Index (MGGI) 2020 skor wanita dalam konteks pemberdayaan politik sangat parah berbanding sub indeks yang lain.


"Agenda memperkukuh polisi yang melibatkan wanita harus menjadi agenda yang lebih kuat diarusperdanakan serta melibatkan pelan tindakan gender yang harus memberi kesan dalam pelaksanaan di peringkat dasar dan pembangunan wanita.


"Sebagai contoh, ketika ini perbahasan Rang Undang Undang Akta Anti Gangguan Seksual masih sangat perlahan dari segi momentum advokasi dan kefahamannya di kalangan masyarakat. Sedangkan isu ini telah berlangsung lebih dua dekad lamanya.


"Gangguan seksual adalah kendala demokrasi dan RUU ini mesti disegerakan," katanya.


Tambah Ahli Parlimen Kuantan itu, perjuangan mengangkat martabat wanita memerlukan kemahuan politik yang tinggi dalam kalangan pentadbir.


Jelasnya, tanpa kemahuan itu maka negara tidak akan ke hadapan dan hanya mengulangi retorik perjuangan yang sama berpuluh tahun lalu pada setiap kali berbicara mengenai hak hak wanita.


"Menuju agenda menghapuskan stereotaip, ia memerlukan dokongan penuh dalam ranah masyarakat serta memerlukan iltizam politik yang tinggi.


"Naratif budaya agama, pendidikan dan iltizam politik sangat mempengaruhi agenda menghapuskan stereotaip ini.


"Semoga perayaan hari wanita akan benar benar memaknai sebuah perjuangan, pengorbanan serta sumbangan wanita dalam pembangunan negara," katanya sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, semalam..


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page