top of page

Perwakilan KEADILAN mengundi jawatan AMK, Wanita hari ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 minutes ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Dua lokasi pengundian membabitkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita KEADILAN masing-masing di Hotel Berjaya Waterfront dan Pusat Konvensyen Danga Bay (DBCC) Johor Bahru tidak mengalami sebarang masalah terutamanya daripada segi capaian internet.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai masalah teknikal itu.


"Saya melakukan pemantauan terutama melibatkan kesalinghubungan bukan hanya di dua lokasi pengundian di Johor.


"Malah, saya juga sedang menunggu laporan beberapa lokasi (pengundian) seperti di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching di Sarawak.


"Setakat ini di kedua-dua lokasi (Berjaya Waterfront, DBCC) tidak mempunyai sebarang masalah dan tiada isu yang merisaukan.


"Pada masa sama, kita juga ada perwakilan tambahan yang akan mengundi secara dalam talian," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan pemantauan di DBCC, hari ini.


Untuk rekod, DBCC menjadi lokasi untuk Kongres Wanita KEADILAN Ke-18, manakala Kongres AMK pula diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Stulang Laut.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page