top of page

Perwakilan India dalam Exco Selangor seharusnya dari KEADILAN



Perwakilan India dalam jawatan Exco Selangor seharusnya dikembalikan kepada KEADILAN selepas 10 tahun.


Hal itu disuarakan oleh pimpinan Cabang KEADILAN Kota Raja yang mahu kuota tersebut sebagaimana selepas Pilihan Raya Umum 2008 lalu, Dr Xavier Jayakumar diangkat sebagai Exco mewakili masyakat India.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Kota Raja, Roy S Nyaneswaran tiba masanya DAP menyerahkan kembali perwakilan masyarakat India kepada KEADILAN selepas jawatan tersebut menjadi milik mereka selama 2 penggal.


"Pada (selepas PRU) 2013 DAP telah dinyatakan bahawa jawatan itu akan disandang selama satu penggal dan pada 2018, sekali lagi ianya diberikan kepada DAP.


"Kini pada 2023, jaminan telah diberikan bahawa jawatan itu akan diserahkan kepada masyarakat India dalam KEADILAN. Walau bagaimanapun, sumber baru baru ini mengatakan bahawa janji ini mungkin tidak dipenuhi.


"Kami percaya gabungan Pakatan Harapan berpotensi untuk memperuntukkan jawatan ini kepada masyarakat India dalam KEADILAN. Dengan 9 pemimpin Ketua Cabang India di Selangor, terbukti sokongan masyarakat India kuat bersama KEADILAN," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Roy Nyaneswaran, KEADILAN mempunyai seorang calon yang mendapat sokongan meluas dalam kalangan masyarakat India iaitu Dr Gunaraj George.


Katanya, rekod prestasi Dr Gunaraj mengagumkan dengan kepimpinan berkesan serta berdedikasi, seterusnya membuktikan kesesuaian beliau untuk peranan tersebut.


"Prestasi membanggakan Dr Gunaraj sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar yang menyelesaikan pelbagai hal ehwal masyarakat India seperti isu tanah, kuil dan sebagainya perlu diperhitungkan.


"Memandangkan kemerosotan sokongan masyarakat India dalam Pilihan Raya Negeri, adalah penting bagi kepimpinan Pakatan Harapan untuk melihat perkara ini dengan penuh sensitiviti. Kami bersungguh sungguh mengesa kepimpinan Pakatan Harapan memastikan masyarakat India dalam KEADILAN diberikan perwakilan di peringkat Exco.


"Kami merayu kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memberikan peluang Exco India kepada KEADILAN kali ini selepas 10 tahun menunggu," katanya.


Beliau dan KEADILAN Kota Raja amat berharap Menteri Besar yang mengangkat sumpah bersama barisan Exco pada Isnin ini mempertimbangkan calon terbaik menangani masalah masyarakat India selepas kaum itu memberi isyarat dengan kurangnya sokongan pada PRN 12 Ogos lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page