top of page

Perutusan Tahun Baharu 2026 PM bukti komitmen reformasi berterusan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bukit Mertajam menyatakan sokongan penuh terhadap Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan iltizam kerajaan melaksanakan reformasi institusi secara menyeluruh, berani dan berprinsip.


Ketuanya, Abshar Nurasyraf Amram (gambar) berkata, perutusan tersebut memperlihatkan hala tuju jelas pembinaan negara berasaskan tadbir urus yang bertanggungjawab, berteraskan kedaulatan undang-undang di samping terus mengutamakan kebajikan serta kesejahteraan rakyat.


"Pengumuman berkaitan penggubalan Rang Undang-Undang pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara, Akta Kebebasan Maklumat serta cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal disifatkan satu langkah bersejarah.


"Ia bukan sahaja akan memperkukuh demokrasi, malah akan menambah lagu keyakinan rakyat terhadap institusi negara," katanya menerusi satu kenyataan.


Menerusi kenyataan sama, beliau turut menegaskan, reformasi institusi bukan sekadar komitmen dasar, tetapi merupakan tuntutan rakyat yang dahaga perubahan struktur pentadbiran yang lebih adil, telus dan bebas daripada penyalahgunaan kuasa.


Justeru, pelaksanaan agenda reformasi tegasnya perlu diterjemahkan secara konsisten, berintegriti dan menyeluruh, selari dengan aspirasi dan semangat Malaysia MADANI.


"AMK Bukit Mertajam turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri yang memperincikan tarikh pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)


"Langkah proaktif membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup itu mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan bantuan disalurkan secara terancang, bersasar dan berkesan, khususnya kepada golongan memerlukan," tambahnya.


Beliau yang juga Setiausaha AMK Pulau Pinang sementara itu turut menyatakan harapan agar lebih banyak inisiatif baharu terus diperkenalkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16, termasuk pemerkasaan pendigitalan perkhidmatan kerajaan, penambahbaikan sistem penyampaian awam serta inisiatif kebajikan dan pendidikan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya golongan muda dan keluarga memerlukan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page