top of page

Perutusan Tadau Keamaatan, Hari Gawai 2021

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 31, 2021
  • 1 min read

Presiden KEADILAN Datk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tadau Keamaatan dan Hari Gawai 2021 kepada rakyat Malaysia.


Bagaimanapun, beliau menyeru agar rakyat patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menyambut perayaan berkenaan dan menasihatkan supaya kekal di rumah bagi mengawal merebaknya wabak Covid 19 yang agak membimbangkan di Malaysia Timur, terutama di Sarawak.


"Pelbagai perayaan di Malaysia adalah nikmat kepada negara dan rakyat untuk mengenal antara satu dengan yang lain dan memupuk persaudaraan.


"Namun perayaan dan pesta teman-teman kita di Sabah dan Sarawak semestinya terkesan tatkala wabak Covid-19 yang terus menular tinggi. Saya sarankan agar kalian bersama mainkan peranan sebaiknya untuk putuskan rantaian wabak.


"Selamat menyambut Tadau Kaamatan dan Hari Gawai dengan ucapan Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada warga Sabah dan Sarawak yang meraikannya," kata Anwar dalam satu kenyataan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page