top of page

Perutusan pengundi awal: Pilih kerajaan yang stabil - Anwar



Pengundi awal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang membuang undi pada hari ini dinasihatkan membuat keputusan bijak memilih kerajaan yang stabil demi pembangunan berterusan menuntungkan rakyat.


Hal itu ditegaskan dalam perutusan khas Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada para pengundi awal.


"Pada hari selasa 16 November akan ditentukan pengundian awal untuk PRN Melaka.


"Jadi saya mohon kerjasama rakan-rakan barisan hadapan terutama tentera, polis dan anggota penguatkuasa yang lain untuk memanfaatkan kesempatan itu membuat keputusan yang baik membela nasib mereka, keluarga dan negeri.


"Kita bertanggungjawab dalam membela dan mempertahankan pertahanan dan keselamatan negara untuk apa? Untuk menjamin tatakelola yang baik supaya wakil dan pimpinan yang kita angkat itu tidak menyalahgunakan kuasa, merebut projek, merebut kontrak, merebut pasir.

"Akhirnya rakyat dibebankan dengan masalah pengangguran, kemiskinan dan lain-lain," katanya dalam siaran di media sosial.


Menurut Anwar, para penbundi awal perlu memikirkan sedalam-dalamnya senario pertempuran berterusan dua pakatan politik, BN dan PN yang sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan akan meneruskan budaya 'peperangan dalaman' dalam Kerajaan Negeri sehingga membantutkan agenda memperjuangkan kebajikan rakyat.


"Jadi kebebasan (mengundi) diberikan kepada saudara saudari manfaatkankah sebaiknya, memilih wakil Kerjaan Negeri yang lebih stabil.

"Kalau di antara BN dan PN bertempur sesama sendiri tidak mungkin ada kestabilan politik. Jadi kita menawarkan kerajaan PH yang dipimpin oleh Adly Zahari, sekiranyanya kita menang, dengan satu dasar yang jelas dan stabil," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page