top of page

Intisari Perutusan Negara PMX : Jamin Kesejahteraan Rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 22, 2024
  • 2 min read

Updated: May 24, 2024


ree

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Pasti ramai yang teruja menanti apa yang mahu disampaikan oleh PMX dalam perutusan yang disiarkan secara langsung malam tadi.


Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen ke seluruh negara.


Secara umum, perutusan yang disampaikan adalah inti-inti penting yang menggambarkan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan bagi kepentingan rakyat.


Hakikatnya, rakyat perlu disampaikan maklumat-maklumat tersebut agar mereka tahu bahawa kerajaan sentiasa bertindak dan melindungi kedudukan mereka.


PMX juga mahu rakyat memahami dan mengetahui kesejahteraan, kebajikan, meningkatkan ekonomi negara dan rakyat adalah keutamaan beliau.


Menjamin hidup selesa


Nyatanya Kerajaan Madani ini bertindak hampir dalam semua sudut bagi melindungi dan menjamin kehidupan rakyat terus selesa.


Ia mencakupi soal ekonomi, sosial, keselamatan dan jaminan masa hadapan.


Berikut adalah intipati Perutusan Negara tersebut:-


  • Kerajaan beri jaminan tindakan keras terhadap pelaku insiden serangan, pelampau dan keganasan


  • Ekonomi negara mencatatkan pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024


  • Cita-cita Ekonomi MADANI iaitu menaikkan lantai dan siling atau mengangkat darjat hidup rakyat dan menstrukturkan semula ekonomi bagi melonjakkan Malaysia sebagai jaguh di rantau Asia


  • Kerajaan MADANI yang serius mahu menambah pendapatan rakyat


  • Khazanah Nasional Bhd telah menggerakkan usaha melahirkan usahawan baharu sektor berpertumbuhan tinggi dengan dana RM1 bilion


  • Insiden serangan: Pasukan keselamatan beri jaminan keadaan akan kembali tenang


  • Kerajaan tidak akan masuk campur proses kehakiman, beri ruang sepenuhnya kepada PDRM, SPRM banteras rasuah, ketirisan hasil negara


  • Ekosistem perniagaan sedang diperluas dan ditambah baik antaranya bagi kluster elektrik dan elektronik di wilayah utara dan pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura


  • Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta


  • Bagi 2024, setakat Mac, negara berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion


  • Kerajaan jimat RM4 bilion melalui penyasaran subsidi mengikut penggunaan elektrik


  • Kabinet setuju laksana penyasaran subsidi bahan api dimulakan dengan diesel, libatkan pengguna di Semenanjung Malaysia


  • Jumlah penjimatan kepada kerajaan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun daripada usaha penyasaran subsidi diesel


  • Kerajaan setuju sediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak


Dengan segala apa yang dibentangkan Perdana Menteri dalam Perutusan Negara itu, tiada sebab untuk rakyat tidak terus yakin dengan Kerajaan MADANI ini dalam mentadbir negara.


Segala-galanya telah dibentangkan di depan mata kita.


Ayuh.. kita terus mara demi Malaysia Madani yang cemerlang.

________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page