Bagi memperkasakan industri kemahiran, kerajaan telah memperuntukan RM6.8 bilion bagi belanjawan 2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu bagi mencukil bakat tempatan supaya ia selari dengan kehendak majikan dan industri.
“Sebanyak, 17 GLC dan 44 syarikat swasta telah terlibat dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakup kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024, hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan peruntukan RM 100 juta menyediakan pensijilan profesional sebagai insentif kepada industri yang bekerjasama dengan institusi TVET awam.
“Petronas telah bekerjasama dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor bagi menyediakan khidmat pelatih industri, pembangunan kurikulum dan peralatan yang memenuhi spesifikasi industri petrokimia di Pengerang,” ujarnya.
Comments