top of page

Peruntukkan RM350 juta naik taraf Jalan Raya Timur Barat jajaran Perak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Alexander Nanta Linggi meninjau jajaran JRTB termasuk di lokasi nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jun tahun lalu
Alexander Nanta Linggi meninjau jajaran JRTB termasuk di lokasi nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jun tahun lalu

Kerajaan MADANI memperuntukkan RM350 juta bagi menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) melibatkan jajaran Perak.


Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja awalan untuk projek berkenaan dijangka bermula tahun ini dan berharap sebahagiannya mula dilaksanakan secara fizikal tahun depan.


"Dalam RM350 juta ini, kami akan gunakan RM170 juta di 17 lokasi, satu lokasi RM10 juta untuk kami lebarkan jalan sebagai lorong memotong. Jadi, dah dikenal pasti ada 17 lokasi, ini akan membantu menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya nanti.


"Itu perancangan kami dan peruntukan kewangan yang kami dah dapat, memang kami akan memohon tambahan sekiranya ada keperluan," katanya dipetik laporan Bernama.


Terdahulu, Nanta mengadakan lawatan di jajaran tersebut termasuk di lokasi nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jun tahun lalu.


Sementara itu Nanta turut memaklumkan, kira-kira RM40 juta juga diperuntuk bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan JRTB membabitkan jajaran di Perak sepanjang tahun ini sebagai langkah meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.


Peruntukan itu melibatkan pelaksanaan pelbagai kerja penyenggaraan termasuk pembaikan permukaan jalan, pemasangan kemudahan keselamatan serta penambahbaikan pencahayaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page